Saturday, January 7, 2012
Jangan terlalu memilih. Jodoh ditentukan Allah!
Pencarian Cinta Raudhah
Pabila hati diuji..tiada yang lebih menenangkan melainkan masalah itu diluah hanya kepada Allah SWT. Tatkala aku memerlukan teman disisi, tiada siapa memahami..tiada siapa yang mengerti akan jiwa yang sedang berada dalam kedukaan, kesedihan dan memerlukan belaian.. Sahabat juga bukanlah sebaik2 tempat meluahkan rasa hati, mereka hanya perantaraan Allah sebagai pendengar lalu mententeramkan hati ini... dengan pujuk belaian bicara nasihat. Bebanan hati langsung menjadi kurang. Rasa tenang dan lepas segala permasalahan. Namun, aku lebih suka memendam kerana memendam rasa yang amat lalu diluahkan kepada Pemilik Hati kecil ini..hanya kerana Dia Yang Lebih Memahami akan rahsia yang tersirat di hati. Aku mahukan cinta-Nya, aku mahukan kasih-Nya, aku mahukan belaian-Nya, aku amat merindui-Nya.. Dialah sebaik2 Pendengar dan Penenang jiwa.
Subscribe to:
Posts (Atom)