Wednesday, October 26, 2011

Pencarian Cinta Raudhah

27/10/11
Subhanallah.. Apakah ini satu peringatan-Mu untuk kami ya Allah.. Peristiwa malam tadi benar menguji, takut dan perkataan "Mati" yang membayangi.
 *********************************
Sedang lena aku melelapkan mata, aku dikejutkan dengan panggilan kawanku sebilik.."War, cepat bangun!!" "Krrrrrinnnnngggg!!!!!!!!!!" "Loceng kecemasan berbunyi. "Allahuakhbar,  apa yang berlaku ni? Suasana begitu kacau. Semua pelatih berpusu-pusu keluar dari bilik masing2, namun, tiada siapa mengambil tindakan untuk melarikan diri..
Keadaan semakin mendesak, "apa tindakan sekarang??" "Takkan mahu diam je??" Aku bersuara.
Semua pelatih bingung dan sedang menanti arahan daripada ketua yang menjaga. Tiada tanda2 kebakaran berlaku di asrama kami, kami bingung sama ada perkara ini medatangkan bahaya atau tidak. Tapi, loceng kebakaran berbunyi,pasti benar ia berlaku. Selang 10 min kami menunggu, kami menghidu bau "something" terbakar, seperti litar pintas sedang berlaku. Ketua akhirnya memberi arahan keluar dari asrama."Semua pelatih!! Cepat turun!!" Aku pantas mencapai barang yang penting dan melengkapkan pakaianku sebaiknya. Aku tidak memikirkan sesiapa pun, lantas berlari menuruni tangga kecemasan. saat itu hujan turun begitu lebat, aku dan beberapa senior yang lain meneruskan langkah. "Pagar berkunci!",seorang senior bersuara."Cuba buka dulu,mungkin ia cuma ditutup sahaja"..Alhamdulillah, kebetulan pagar itu tidak dimangga. Tapi, aku hairan mengapa tidak dimangga sedangkan ia perlu dikunci demi keselamatan pelatih. 
**************************************
Jam menunjukkan satu pagi, "Ya Allah kasihanilah kami, selamatkanlah kami "bisik hatiku. Hujan turun semakin lebat, pengawas bertindak mengira bilangan ahli bilik masing2. Bimbang sekiranya ada yang tertinggal.
............bersambung........





Tuesday, October 25, 2011

Pencarian Cinta Raudhah

24/10/11
Semalam..aku mula bertugas di wad Post Natal sebagai jururawat pelatih. Pagi itu permulaan praktikal seperti biasa akan "Pass Over" report untuk setiap "patient" di wad. Selepas itu, kami akan menyediakan katil dengan menukar cadar baru dan meminta pesakit untuk bangun dan  mandi membersihkan diri. Bayi mereka juga akan dimandikan di tab yang khas untuk bayi. Selesai sahaja tugasan, aku meneruska pemerhatian kepada pesakit dengan mengambil tanda vital iaitu suhu badan, tekanan darah,nadi dan pernafasan pesakit..

************************************************************************
Sedang aku berjalan untuk mengambil sesuatu di bilik utiliti, aku melihat seorang pesakit yang baru sahaja bergelar ibu berjalan ke tandas dalam keadaan lemah tidak bermaya, aku pergi mendekatinya "Puan, puan tak apa2 ke? Puan larat ke nak berjalan ni?" Pantas ku tanya dengan  nada perlahan sambil memapahya.."Boleh, adik jangan risau,tapi akak rasa gelap sangat mata ni.." Puan rasa pitam ke?"" Allahuakhbar!!" Puan?!! "Staff nurse?? Doktor?? Cepat, pesakit ni pengsan." Kebetulan sahabatku berada disitu lalu aku minta pertolongannya untuk mengambil wheel chair.."Imar, cepat ambil wheel chair!" Staff nurse dan doktor yang baru tiba menepuk2 pipi pesakit tadi"Puan,puan buka mata puan,buka mata..dengar saya tak? kenapa ni ? rasa pitam sangat ke?" Pesakit tadi terus sedar setelah beberapa kali di kejutkan..alhamdulillah..lalu aku menolak wheel chair itu ke katilnya," Puan,alhamdulillah saya kebetulan lalu tadi, kalau tidak puan mesti jatuh, puan tu baru bersalin..nanti dapat sakit lain pula." Terima kasih, adik..sebab tolong akak tadi" Lepas ni akak takkan jalan sorang2 lagi..terima kasih sangat2 adik..
**************************************************************************
Subhanallah, Ya Allah ..sayangnya Engkau pada ku kerana memberiku pengalaman sebegini dalam tempoh praktikal aku..Aku bersyukur kerana digerakkan hati ini untuk membantu pesakit2 yang memerlukan bantuan..Sekalipun ia kecil,terima kasih daripadanya mengubat hati aku untuk terus teguh berdiri berjuang seperti Rufaidah Al-Saad..Menjadi jururawat yang berwibawa demi menyembuhkan pesakit disamping melaksanakan syariat-Mu walaupun sedang bekerja..Aku mengerti mengapa aku dihantar ke sini,bakal menjadi jururawat yang menetapkan agama adalah segala2nya.. aku akan bertahan demi menjadi jururawat muslimah yang Engkau redhai..insyaAllah..

Pencarian Cinta Raudhah

Beberapa hari ini, aku sering mendapat panggilan dan SMS daripada nombor yang tidak dikenali.. Aku mengganggap ia ujian daripada Allah SWT untuk menduga ku.. teringat aku dengan buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul..Kisahnya seorang remaja perempuan yang mencintai Allah, ditepis segala SMS, surat cinta,dan ajakan2 kearah percintaan semata2 cintanya pada Allah SWT. Sekalipun lelaki itu berketurunan baik, Indah agamanya,kesantunannya, namun, dia hanya mahukan lelaki yang mencintainya kerana Allah semata2. Ada juga lelaki yang bukan calang2 orangnya, seorang lelaki yang berwibawa, dipercayai agamanya, tapi kepercayaannya pada lelaki itu punah kerana tindakan lelaki itu kurang bijak dengan cubaan menghantar SMS dan panggilan tanpa pengetahuan perantaraan si wanita..jika berkenan pada si wanita,apa lagi jumpalah ibu bapa..sayangnya tiada keberanian,konon tidak bersedia..kalau tidak bersedia kenapa nak bercinta??? Bukankah itu pintu zina semata2..Nauzubillah..
***************************************
Ya Allah, kuatkanlah hati ini menahan segala dugaan insan bernama lelaki. Tegas, cintaku akan ku pelihara hanya untuk insan bernama suami..

Pertama kali dugaan "lelaki" mengujiku..Aku berbalas" Mf, kamu salah no. sy dah ada pilihan".."apa kaitan dgn sy?? Pilihan awak,pilihan awak..saya..saya lah.." Mf, bukankah saling berbalas SMS tanpa urusan membuka pintu zina antara kita.." "apa? Giler ke?? Zina ?? saya mana ada pegang n sentuh awak?? "zina bukan sahaja tletak pada myentuh antara lelaki dan wanita tp..zina hati,zina mata dan nafsu juga tmasuk sekalipun berchatting,calling dan SMS."

Langsung lelaki itu diam tanpa suara mesejnya..alhamdulillah..syukur ya Allah kerana Engkau masih menyayangiku..aku masih memerlukan kekuatan dari-Mu ya Allah..



Saturday, October 22, 2011

Salahkah Ber-SMS?

Bismillahirrahmaanirrahiim.
SMS. SMS. SMS.
Hari ini, seorang rakan bertanya..
“Saya Laa Dia, ber-sms itu haramkah?”
Sebuah pertanyaan akibat keraguan yang timbul dari dasar hati, saya kira. Biasanya kita manusia begitu. Tapi, bagus juga apabila kita menyedari sesuatu dan kita ingin menelusuri akibat perbuatan yang mungkin mengundang keresahan.
Itu adalah pertanyaan kawan saya.
Telefon bimbit, interntet, pc, semuanya hanya sebuah alat untuk kita berinteraksi sesama kita. Seperti saya dan anda di alam maya ini. Baik dan buruk darinya, kita yang menentukan, padahal. Jadi, baiklah kiranya semuanya dalam pertimbangan selalu.
Saya jawab kepada kawan tadi, tidak. Tapi..
Apa Tujuan SMS Itu Dihantar
Untuk mengatakan atau mengeluarkan hukum haram secara terus, bukan saya orangnya. Jadi, saya berikan sesuatu persoalan untuk kawan tadi berfikir.
Senyum.
“Haramkah ber-sms?”
“Taklah. Kenapa?”
“Kalau lelaki dan perempuan ber-sms?”
“Tengok pada tujuan dan isi sms. Kalau penting dan mustahak. Hukumnya tidak jatuh haram pun, inshaALLAH.”
“Kalau dalam sms itu ada sebut sayang-sayang, macam mana?”
“Kalau macam tu, kamu agak-agak, macam mana?”
Pertama, bagi saya, ber-sms itu tidak salah. Tidak kira kamu hantar mesej kepada seorang lelaki atau perempuan. Tetapi, di atas urusan yang anda rasakan perlu dan penting sahaja.
Kedua, berhati-hati dengan mesej walaupun mesej yang anda taip itu tidak mengeluarkan suara. Kerana yang senyap ini lebih menusuk ke dalam jiwa.
Menjaga Apa Yang Sepatutnya Dijaga
Kalau saya ditanya sekali lagi, bolehkah seorang akhawat dan seorang ikhwan ber-sms? Maka jawapan saya, boleh. Tapi, biar saja atas urusan yang agak penting. Kalau hanya berbual-bual kosong dan perbualan itu tidak mengarah ke mana, maka sebaiknya jangan menghabiskan kredit anda hatta 5 sen pun. Hehe.
Islam sebenarnya indah dan sempurna. Didalamnya, telah digariskan syariat bagaimana cara-cara seorang lelaki mahupun seorang wanita berhubungan sesama sendiri. Dan Islam juga tidak melarang ummatnya berurusan sesama manusia, lelaki dan wanita. Kita boleh bergaul, berbual. Tetapi, jangan dilupa, ada syariat sebagai batasan.
Kenapa dalam Islam ada begini?
Kerana ingin menjaga keselamatan manusia.
Seterusnya, saya percaya dikalangan kita masing-masing sudah boleh berfikir baik buruk melalui tapisan akal fikiran yang ALLAh berikan. Maka, anda tahu apa yang tidak baik untuk diteruskan dan yang baik untuk diteruskan.
Yang terjaga dan dijaga itu sebenarnya indah. Senyum.
Untuk ini, ringkas sahaja dari saya. Cuba menulis sependek yang mungkin. Apa yang kita gunakan, semuanya hanya alat semata-mata, yang menentukan kesan baik dan buruk itu adalah diri kita sendiri. Manusia hendak belayar ke lautan yang tenang, dipersilakan. Manusia hendak belayar ke lautan yang bahaya, dipersilakan.
Tapi saya tidak akan biarkan. Sebab, saya sayang anda!
Walau bagaimanapun, ini hanya pendapat saya saja. Saya bukan pengeluar hukum. Maka, kalau ada keraguan, silalah merujuk kepada yang lebih arif. Saya hanya cuba memberikan jawapan mengikut arus akal fikiran yang di mana kita sendiri boleh memikirkannya tanpa bertanya apa hukum itu dan ini.
Wallahu’alam.
Semoga ALLAh Merahmati

Monday, October 17, 2011

Ingatlah Allah

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang Ar Raad: 28
Jika kau merasa gelisah, ingatlah Allah kerana Dia sentiasa bersamamu, pintalah pada-Nya agar tenangkan hatimu
Jika kau rasa sedih, ingatlah Allah sentiasa bersamamu, tidak pernah Dia tinggalkan dirimu walau sesaat hanya dikau yang menjauhkan diri daripada-Nya, pohonlah agar dikuatkan hatimu menempuh dugaan tanda sayangnya Dia kepadamu
Jika kau merasa menyampah, bengang, benci pada orang lain atas sikapnya ingatlah Allah suka orang yang penyabar
Jika kau rasa bosan, ingatlah Allah, pintalah pada-Nya kegembiraan agar kau ceria
Jika kau rasa gembira, janganlah dikau lupakan-Nya kerana Dia selalu bersamamu dikala suka duka gembira ceria tangis tawa
Jika kau merasa sunyi tiada teman, ingatlah Allah ada bersamamu, berkomunikasilah dengan-Nya dengan mengadu yang kau sunyi
Jika kau merasa kosong, pintalah pada-Nya agar dikurniakan pengisian pada jiwamu yang kosong
Jika kau merasa tidak hargai, dicintai dan dikasihi, ingatlah Allah sentiasa menyayangimu kerana Allah Maha Penyayang terhadap hamba-Nya
Jika kau merasa miskin, kau pintalah kekayaan daripada-Nya sekalipun kekayaan itu bukan daripada segi kewangan tetapi kekayaan itulah yang akan memberikan kau keberkatan dan kegembiraan dalam hidupmu
Jika kau merasa penat, ingatlah Allah yang tidak pernah penat yang sentiasa menunggumu  untuk berbicara dengan-Nya sedangkan amat jarang kau berniat untuk melakukannya, hanya sibuk dengan kerja harianmu

Friday, October 14, 2011

Untuk Peringatan ♥ kenapa ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥



Memang sakit apabila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

Thursday, October 13, 2011

24 Peringatan pada wanita



1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).
2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).
3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”
5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”
7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.
8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.
9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.
10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.
11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.
12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.
13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.
14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.
15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.
16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.
19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)
iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”


a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”


a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita:


a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

33 LARANGAN RASULULLAH TERHADAP WANITA


Kandungan Larangan :
  1. WANITA MENDEDAHKAN AURAT
  2. WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI LELAKI
  3. WANITA BERGAUL BEBAS DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM
  4. WANITA BERSALAMAN DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM
  5. WANITA BERPAKAIAN MENYERUPAI ORANG KAFIR
  6. WANITA MENYAMBUNG RAMBUT
  7. WANITA MENCABUT, MENCUKUR ATAU MENIPISKAN ALIS
  8. WANITA MENGIKIR GIGI
  9. WANITA MELAKUKAN TATO
  10. WANITA MELIHAT AURAT SESAMA WANITA ATAU BERGABUNG DALAM SATU PAKAIAN
  11. WANITA MELAKUKAN MUSAHAQAH (LESBIAN)
  12. WANITA MEMAKAI WANGIAN AGAR DKAGUM ORANG LAIN
  13. WANITA MEMASUKI PUSAT RAWATAN KECANTIKAN AWAM
  14. WANITA BERKHALWAT DENGAN LELAKI BUKAN MUHRIM
  15. WANITA TIDAK MELAYANI KEHENDAK SUAMI
  16. WANITA MENCERITAKAN RAHSIA HUBUNGAN SUAMI-ISTERI KEPADA ORANG LAIN
  17. WANITA MENERIMA TETAMU BUKAN MUHRIN TANPA IZIN SUAMI
  18. WANITA KELUAR RUMAH TANPA IZIN SUAMI
  19. WANITA MEMBENCI DAN MENYAKITI HATI SUAMI
  20. WANITA MENGINGKARI PERINTAH SUAMI YANG BAIK
  21. WANITA BERMUSAFIR TANPA MUHRIM ATAU SUAMI
  22. WANITA MENCERIKAN SIFAT WANITA LAIN KEPADA SUAMINYA
  23. WANITA PUASA SUNAT TANPA IZIN SUAMINYA
  24. WANITA MENGINFAK HARTA SUAMI TANPA IZINNYA
  25. WANITA KUFUR TERHADAP KEBAIKAN SUAMI
  26. WANITA MENYUMPAHI ANAK
  27. WANITA MEMAKSA SUAMI MENCERAIKANNYA
  28. WANITA MEMAKAI PAKAIAN MAS DENGAN SOMBONG DAN MEGAH
  29. WANITA MENYAKITI JIRAN TETANGGA
  30. WANITA MENCAKAR DAN MEROBEK PAKAIAN KETIKA MENDAPAT MUSIBAH
  31. WANITA MERATAPI KEMATIAN
  32. WANITA BERKABUNG ATAS KEMATIAN SESEORANG MELEBIHI TIGA HARI
  33. WANITA MENZIARAHI KUBUR DIIRINGI TANGISAN

Cinta Kerana Allah

Cinta Kerana Allah

Friday, October 7, 2011

Tidak ku pinta menjadi seorang jururawat..apatah lagi,jururawat zaman ini tidak mengamalkan pemakaian yang mengikut syariat. Uniform yang ketat menampakkan susuk," labuhnya" yang sigkat,kain yag agak jarang. Tapi, bukan itu sebenarnya imej seorang jururawat, aku pasrah dengan ketentuan Allah menghantar aku belajar dalam kejururawatan, pasti ada hikmah-Nya yang tersembunyi..Banyak yang aku pelajari disamping mengetengahkan syariat Islam yang sebenar2nya..Aku berusaha melabuhkan uniformku,aku berusaha melonggarkan pakaianku,

Thursday, October 6, 2011

Pencarian Cinta Raudhah

Hidup tidak selalunya indah, tetapi keindahan itu setiasa hidup dalam kenangan. Hari ini aku 'off'', masa untuk merehatkan diri disamping mengulangkaji pelajaran.. Peperiksaan Akhir semakin hampir, adakah aku bakal 'gagal' sekali lagi? Perkara yang paling aku risau saat minggu peperiksaan yang akan tiba. Aku akan cuba mempersiapkan diri sedaya yang boleh. Pantang menyerah sebelum kalah. Selagi nafas ini masih ada,jantung masih berdenyut, dan 24 jam masih berjalan..insyaAllah segalanya mungkin..dengan 'kun fayakun' segalanya mungkin..Aku pasti lulus.
*********************************
Ya Allah, aku keliru dengan setiap keputusan yang bakal aku ambil dalam memilih mana yang terbaik bagiku. Baru-baru ini Engkau mengujiku dengan kehadiran seorang lelaki melalui perantaraan yang aku percayai. Aku meragui segala yang mungkin terjadi. Apakan Engkau mahu menghadirkan cinta insan kepadaku? Tiga hari aku berfikir panjang, hatiku berkata 'terimalah dia, mungkin sudah masanya".. Perkenalan bermula, setelah tiga hari..ku mula bertukar sms dengannya.. namun, hatiku tidak tenang..apakah aku melalui jalan yang benar..tidakkah bertukar sms antara lelaki dan wanita tanpa urusan yang melibatkan pekerjaan adalah satu zina?? Tetapi selagi dia masih menghormati aku, aku menerimanya sebagai sahabat, selama mana dia menjaga batas syariat juga dengan pengetahuan perantaraan ku, aku membalas sahaja smsnya setiap hari..katanya penuh hikmah, tetapi hatiku dirundung kegelisahan, resah yang amat..sehingga satu malam dia menelefon aku, aku cuba memberanikan diri mengangkat panggilannya..dia mula bicara,penuh tenang tatkala malam sunyi,aku menggagahkan hati..sedang aku tidak pernah menjawab panggilan lelaki melainkan rakan-rakan lelaki sekelasku sewaktu zaman persekolahan, itupun hanya bicara soal persekolahan..ternyata aku tidak selesa tatkala berbicara dengannya..mungkin kerana aku memungkiri peganganku..apakah pegangan  ku selama ini??.."Hidupku untuk Allah,hanya Allah segalanya bagiku,cinta ini hanya untukk-Nya dan Pesuruh-Nya..Seandainya hati mencintai Allah,Allah pasti menganugerahkan cinta lelaki yang mencintai kita kerana-Nya. Aku yakin..Aku istikharah..tiada jawapan, bukan dia..selang beberapa hari, aku tidak mahu menghubunginya lagi, Aku rasa berdosa..dia bukan untukku..lelaki yang mencintai Allah tidak akan mengenali wanita tanpa pengetahuan ibu bapa wanita tersebut,inikan saling bertukar sms, ia hanya akan menghampiriku kepada zina walaupun sms itu berbaur hikmah kesantunan. Aku masih belum bersedia untuk cinta insani..sedang cinta Allah masih ku cari, biarlah Allah menentukan segalanya, citaku hanya untuk suamiku,sekiranya benteng yang ku bina selama ini runtuh hanya dek kerana lelaki(yang bukan suamiku), tiada makna hidup ini, hanya agama yang ku pinta, bukan harta bukan paras rupa..
**************************************************************
Salahkah aku memilih agama semata-mata???
Kolotkah aku jika Islam yang aku cinta???
Islam itu suci, tidak akan aku cemari ia dengan hasutan rencah iblis dan syaitan.. sekiranya aku mampu memiliki cinta Rabiah al-Adawiy, tiada perlu cinta Adam dalam hidupku..cukuplah cinta Allah menemaniku ke syurga kelak..