Sekiranya tiada siapa yang dapat memberi semangat padanya..
biarlah aku yang menjadi sebahagian semangat dirinya..
Sekiranya tiada siapa yang dapat memberi dorongan kepadanya..
biarlah aku yang menjadi sebahagian pendorong dirinya..
Jika tiada siapa yang ikhlas mendengar setiap bicaranya..
biarlah aku yang menjadi pendengar setianya..aku rela..asalkan dia bahagia..
Jika tiada siapa dapat memberi kasih dan sayang seorang insan padanya..
biarlah aku yang menjadi sebahagian kasih dan sayang untuk dirinya sekadar biasa..
Jika tiada siapa yang sanggup mendengar keluhan dan rintihan hatinya..
biarlah aku..biarlah aku yang berkongsi beban yang dipikulnya..
Sekalipun kami tiada ikatan, dia ibarat tiang sandaran untuk aku teguh berdiri kerana dialah semangatku..
Seandainya dia tahu.. aku sangat menyayanginya..